TENTANG KAMI
mymolek.com adalah sebuah platform informatif dan e-pasar yang menawarkan produk kesihatan dan kejelitaan alami berasaskan herba dan bahan-bahan asli dari Nusantara. Dengan pengalaman lebih dari 30 tahun dalam industri bioteknologi dan herba, kami komited untuk membawa kelebihan alam semula jadi kepada kehidupan harian anda melalui produk-produk yang berkualiti tinggi, halal, dan selamat digunakan.
Kami berhasrat untuk menjadi peneraju dalam menyediakan produk yang berkesan dan selamat, sambil memelihara dan menghargai warisan tradisi herba tempatan.
Matlamat Kami
Matlamat kami di mymolek.com adalah untuk menggalakkan penggunaan produk-produk kesihatan dan kejelitaan alami yang dihasilkan daripada kepelbagaian khazanah alam semula jadi Nusantara.
Hasrat Kami
Hasrat kami adalah agar setiap pengguna mymolek.com dapat menikmati dan menggunakan produk-produk kesihatan dan kejelitaan yang selamat dan berkesan pada setiap masa.
Pengasas Kami
Platform mymolek.com diasaskan oleh Wan Izzuddin Sulaiman dan Ken Chong Kin Wah, dua individu yang berpengalaman luas dalam bidang bioteknologi dan produk-produk asli, herba dan alami.
Wan Izzuddin Sulaiman
Wan Izzuddin Sulaiman ialah seorang saintis dan usahawan yang telah berkecimpung selama lebih 30 tahun dalam industri bioteknologi serta sektor herba. Beliau pernah bertugas sebagai Pengurus dalam bahagian bioteknologi di Technology Park Malaysia dan di Perbadanan Menteri Besar Kelantan, kemudian sebagai Naib Presiden di Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd dan Oxitec Sdn Bhd, sebuah syarikat bioteknologi milik University of Oxford. Beliau juga pernah terlibat dalam industri Gelatin dan Kolagen Halal di China. Wan Izzuddin Sulaiman memperoleh ijazah Sarjana Sains (Biologi) dari Southeast Missouri State University, USA, diikuti dengan Diploma Lanjutan dari Institute for Medical Research, Malaysia, dalam bidang Entomologi dan Parasitologi serta Diploma Lanjutan dari Universite Libre de Bruxelles, Belgium, dalam bidang epidemiologi dan biostatistik.
Ken Chong Kin Wah
Ken Chong Kin Wah adalah seorang usahawan yang mempunyai lebih dari 30 tahun pengalaman dalam pemprosesan dan pembuatan produk asli, herba dan alami. Kilang pengeluaran produk herba dan alami Ken Chong, iaitu TST Group, telah mematuhi piawaian GMP, MESTI, dan HALAL, memastikan setiap produk yang dihasilkan menepati standard kualiti tertinggi.
Keistimewaan Kami
Di mymolek.com, kami mengutamakan produk-produk yang bahan aktifnya diformulasikan dari bahan-bahan asli dan alami, yang diambil daripada warisan herba yang telah diamalkan dan diwarisi sejak turun-temurun di seluruh Nusantara. Kami percaya bahawa keunikan dan keistimewaan herba tempatan menawarkan manfaat kesihatan dan kecantikan yang luar biasa, dan kami berusaha untuk membawa warisan ini ke dalam setiap produk kami.
Komitmen Kami
Kami di mymolek.com beriltizam untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan di kalangan pengguna tentang kebaikan dan kelebihan produk herba dan alami melalui perkongsian maklumat yang saintifik, objektif, dan tepat. Kami juga komited untuk menyediakan produk yang bukan sahaja memenuhi jangkaan pelanggan, tetapi juga membantu mereka mencapai kesejahteraan yang lebih baik secara semula jadi.