Di dalam Bahasa Melayu istilah “molek” membawa erti “sesuatu yang terbaik, cantik, indah, memuaskan hati, menyenangkan, dan bermenafaat”. Apabila seseorang itu menyebut perkataan “molek” bermakna beliau menyatakan persetujuan dan memberikan tanda berkenan dan berpuas hati dengan sesuatu.
Orang Melayu memang sukakan sesuatu yang molek, baik dari dalam (budi yang baik) dan diterjemahkan kepada yang diluar (bahasa nan indah yang dipertuturkan).
Pantu Melayu lama ada menyebut:
Yang kurek itu kundi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu Bahasa
Peribahasa kuno juga ada menyebut:
Anak Baik Menantu Molek
Maksudnya jika anak kita diasuh dan dididik menjadi orang yang baik, pastinya kita akan dapat menantu yang molek.
Berinspirasikan tema “beauty inside out” atau “yang molek dari dalam dan luar” inilah kami menamakan platform informatif dan e-pasaran ini dengan nama “mymolek.com”. Hasrat kami ialah untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami yang rata-ratanya adalah rakyat Malaysia, bumi yang indah dan tercinta.
Apa yang “molek” disisi kami, Insya Allah kami akan kongsikan dengan para pelanngan yang terhormat.
Apa yang “molek” disisi kami ialah apa yang bersumberkan dari khazanah bumi tropika Anugerah Tuhan diseluruh rantau Nusantara. Bumi nusantara adalah antara bumi yang paling kaya di dunia ini dengan kepelbagaian alam (biodiversity) di mana berbagai flora dan fauna tumbuh dan hidup segar, dicipta Tuhan demi untuk kelangsungan hidup manusia.
Namun tidak semua flora dan fauna itu penawar belaka. Ada juga yang dicipta Tuhan sebagi racun yang harus diwaspadai. Oleh itu kami berhasrat untuk mengumpul dan berkongsi maklumat terkini dan berwibawa tentang produk kesihatan dan kecantikan alami yang “molek” belaka.
Maklumat yang dikumpul akan disaring berasaskan sumber kajian-kajian saintifik dari seluruh dunia, dan dianalisa oleh pakar-pakar sains yang menjadi ahli panel kepada Mymolek.com.